Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Usaha mencari dua lelaki dikhuatiri sesat di dalam hutan berhampiran Rumah Panjang Bandar, Sungai Pulai, Bintangor. Foto JBPM

Dua lelaki dikhuatiri sesat ketika tebang kayu dalam hutan

BINTANGOR, 19 Mac: Dua lelaki dikhuatiri sesat di dalam hutan ketika melakukan kerja-kerja penebangan kayu berhampiran Rumah Panjang Bandar, Sungai Pulai di sini, semalam.

Difahamkan kedua-dua mangsa, Donny Sar Selanjat ,40, dan Bennet Lin Tong, 43, masuk ke dalam hutan berkenaan jam 9 pagi dan belum balik hingga berita ini ditulis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 3 petang hari ini dengan menggerakkan tiga anggota ke lokasi.

“Kedua-dua mangsa belum lagi balik ke rumah hingga hari ini, panduduk kampung telah berusaha mencari namun gagal menemui sebarang petunjuk.

“Pihak bomba telah menerima laporan orang sesat dari pihak polis bagi bersama membantu operasi mencari dan menyelamat(SAR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi SAR dimulakan jam 4 petang dengan bergerak ke lokasi kejadian menggunakan empat perahu penduduk.

“Operasi ditangguhkan pada jam 5.26 petang dan akan disambung esok. Turut serta dalam operasi SAR ini ialah pihak polis bersama penduduk Kampung,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan