Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua lelaki didapati bersalah mencuri tandas emas bernilai £4.75 juta (US$6.17 juta) dari Istana Blenheim di selatan England. Foto AFP

Dua lelaki didapati bersalah curi tandas emas bernilai £4.75 juta di Istana Blenheim

ByBernama

LONDON, 19 Mac: Dua lelaki didapati bersalah mencuri tandas emas bernilai £4.75 juta (US$6.17 juta) dari Istana Blenheim di selatan England, lapor PA Media/dpa.

Tandas emas 18 karat yang berfungsi sepenuhnya itu merupakan karya seni ciptaan artis Itali, Maurizio Cattelan dan dipamerkan di rumah agam di Oxfordshire, tempat kelahiran Sir Winston Churchill, sebelum ia dilarikan pada awal pagi 14 Sept 2019.

Mahkamah diberitahu bahawa tandas unik itu dipercayai telah dipotong dan dijual dalam bentuk ketulan emas.

Juri pada Selasa mendapati Michael Jones, 39, bersalah atas pertuduhan pecah masuk.

Jones, yang berasal dari Oxford, didakwa meninjau istana itu sebanyak dua kali sebelum kejadian.

Dalam keterangannya sebelum ini, Jones mengaku pernah menggunakan tandas emas itu sehari sebelum ia dicuri.

Sementara itu, James Sheen, 40, dari Wellingborough, Northamptonshire mengaku bersalah atas pertuduhan pecah masuk, bersubahat memindahkan harta jenayah, serta satu pertuduhan berkaitan pemindahan harta jenayah dalam prosiding mahkamah pada April 2024.

Seorang lagi tertuduh, Frederick Doe, 36, yang juga dikenali sebagai Frederick Sines, dari Winkfield, Windsor, Berkshire didapati bersalah atas tuduhan bersubahat memindahkan harta jenayah.

Mahkamah diberitahu bahawa Doe membantu Sheen menjual sebahagian daripada emas yang dicuri dalam beberapa minggu selepas kejadian.

Bagaimanapun, seorang lagi tertuduh, Bora Guccuk, 41, dari barat London dibebaskan daripada tuduhan sama.

Mahkamah menetapkan 19 Mei sebagai tarikh hukuman terhadap Doe, manakala tarikh hukuman bagi Jones dan Sheen akan diumumkan kemudian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan