Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua angkasawan NASA, Suni Williams dan Butch Wilmore yang terkandas di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sejak Jun tahun lalu, akhirnya selamat kembali ke Bumi pada petang Selasa. Foto AFP

Angkasawan NASA yang terkandas selamat kembali ke bumi

ByBernama

LOS ANGELES, 19 Mac: Dua angkasawan NASA, Suni Williams dan Butch Wilmore yang terkandas di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sejak Jun tahun lalu, akhirnya selamat kembali ke Bumi pada petang Selasa, lapor agensi berita Xinhua.

Mereka pulang bersama rakan sepasukan dari Crew-9, iaitu angkasawan NASA Nick Hague dan angkasawan Roscosmos, Aleksandr Gorbunov dengan menaiki kapal angkasa Dragon milik SpaceX.

Menurut siaran langsung NASA, kapal angkasa itu mendarat di perairan luar pesisir Florida pada 5.57 petang waktu Timur (2157 GMT).

Williams dan Wilmore sebelum ini terkandas di angkasa akibat masalah teknikal pada kapal Starliner milik Boeing, yang membawa mereka ke ISS. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan