KUALA LUMPUR, 19 Mac: Usaha kerajaan menaik taraf rumah flat dan pangsa usang sebelum ini berjaya meningkatkan nilai hartanah kawasan terlibat, kata Nga Kor Ming.
Beliau yang yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, perkara itu menunjukkan kepentingan Rang Undang – Undang (RUU) Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB).
Jelas beliau kejayaan inisiatif itu dapat dilihat menerusi projek di Pulau Pinang dan ibu negara.
“Saya hendak bagi contoh, Desa Mahsuri di Pulau Pinang, dulu sangat teruk, sekarang (selepas pembaharuan semula) sudah ok.
“Satu lagi Razak Mansion di Bangsar, Kuala Lumpur (yang mana) sebelum pembaharuan semula, nilai hartanya (cuma) RM70 ,000 (dengan) saiz rumah (hanya) 421 kaki persegi, selepas pembaharuan semula nilai rumah meningkat lima kali ganda, jadi RM418,000,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir majlis berbuka puasa bersama media anjuran kementeriannya di ibu negara di sini hari ini.
Sementara itu beliau memaklumkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengadakan lawatan kerja ke tapak flat usang pada 28 April depan.
Pada lawatan itu kelak katanya, beliau akan menaik bas bersama semua ahli – ahli parlimen dan petugas media.
“Saya telah tandatangani jemputan kepada semua Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara negara khususnya pembangkang yang berminat untuk saksikan dengan mata sendiri betapa pentingnya Akta PSP digubal untuk membantu rakyat,” katanya.
Tambah beliau, di seluruh negara terdapat 534 kawasan flat dan rumah pangsa daif yang harus dibangunkan semula dengan 139 di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL). -TVS.