Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Nor Hisham Mohammad berkata pasukannya akan ditempatkan di semua lokasi tersebut bermula 29 Mac hingga 3 April. Foto TVS

Aidilfitri: Bomba kenal pasti 12 lokasi berisiko di PLUS dan LPT

ByBernama

KUCHING, 19 Mac: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti 12 lokasi berisiko berlaku kemalangan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sempena Aidilfitri akan datang.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata pasukannya akan ditempatkan di semua lokasi tersebut bermula 29 Mac hingga 3 April.

“Dua lebuh raya ini menjadi tumpuan kita…matlamat utama kami adalah untuk sampai ke lokasi berlaku kemalangan tidak lewat dari setengah jam setelah berlaku sebarang insiden.

“Berdasarkan pengalaman kita apabila berlaku sebarang kejadian di lebuh raya tersebut ia boleh menyebabkan kesesakan trafik yang panjang jadi untuk mengurangkan impak daripada insiden itu kita letakkan anggota di lokasi tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pelantikan Koperasi Bomba dan Penyelamat Malaysia Berhad (KOBOPEM) Advance Sdn Bhd sebagai operator stesen pelbagai bahan api Petroleum Sarawak Berhad (Petros) Batu Kawa di sini, hari ini.

Sementara itu, Nor Hisham berkata bagi Sarawak, JBPM tidak akan meletakkan anggota di tempat tertentu sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo tetapi akan melakukan rondaan sempena Aidilfitri nanti.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan