Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Barisan kepimpinan tertinggi Kumpulan Affin Band Berhad dan MUFG Bank (Malaysia) Berhad hadir pada Majlis Pemeteraian MoU antara Kumpulan Affin dan MUFG Bank (Malaysia) Berhad. Foto Amiruddin Shah (TVS)

Affin meterai MoU bersama MUFG, perkasa ekonomi Malaysia-Jepun

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 19 Mac: Kumpulan Affin Bank Berhad memeterai momerandum persefahaman (MoU) bersama MUFG Bank (Malaysia) Berhad dalam usaha mengukuhkan hubungan ekonomi antara Malaysia dan Jepun.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, MoU kerjasama selama tiga tahun itu menekankan komitmen kedua-dua pihak untuk menyediakan penyelesaian yang disesuaikan, memudahkan perdagangan dan pelaburan rentas sempadan.

Tambah beliau MoU itu juga bertujuan  mengembangkan kepakaran dalam bidang utama termasuk kewangan Islam, kewangan hijau dan transformasi digital.

“Menerusi kerjasama dengan MUFG, kami akan meneroka peluang strategik di seluruh Malaysia, dengan tumpuan khusus pada negeri keutamaan AFFIN seperti Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sabah dan Sarawak.

“Komitmen kami kekal teguh dalam memacu kemampanan, inovatif, dan kemajuan ekonomi berimpak tinggi, membentuk masa depan yang makmur untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemeteraian MoU antara Kumpulan Affin dan MUFG Bank (Malaysia) Berhad.

Yang turut hadir Pengerusi Affin Bank Berhad, Datuk Md Agil Mohd Natt, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua  MUFG Bank (Malaysia) Berhad, Motohide Okuda dan Ketua Eksekutif APAC MUFG, Masakazu Osawa.

Mengulas lanjut, Wan Razly berkata, MoU itu juga akan mengukuhkan perdagangan, pasaran pertukaran asing (FX), aspek korporat dan pembiayaan projek.

“Dengan menggabungkan rangkaian global dengan kepakaran tempatan AFFIN, kami sedang bergerak ke arah meningkatkan perdagangan rentas sempadan, menawarkan lebih banyak penyelesaian FX, dan meningkatkan kepakaran nasihat kami,” jelasnya.

Wan Razly menambah, MoU itu akan tertumpu kepada kerjasama perniagaan dan memacu peluang pertumbuhan bersama dalam empat sektor utama iaitu kemajuan perubatan, industri semikonduktor, tenaga hijau dan pelancongan.

Kata beliau, kedua- dua pihak akan memacu kerjasama dalam sektor strategik yang sejajar dengan pelan induk perindustrian Jepun dan Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan