SIMUNJAN, 18 MAC: Program Ziarah Ramadan di Simunjan berakhir dengan menyaksikan golongan asnaf dari Kampung Kelka di sini menerima sumbangan bakul makanan, baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris berkata sumbangan itu melibatkan seramai 90 penerima pada program yang diadakan di Masjid Darul Hijrah, di sini.
“Program ini merupakan program terakhir Ziarah Ramadhan pada bulan ini,” katanya ketika dihubungi TVS.
Dengan itu, Awla berharap sumbangan terbabit sedikit sebanyak akan meringankan beban mereka menjelang Syawal yang bakal tiba hujung bulan ini.
“Terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama menjayakan program Ziarah Ramadan di Simunjan,” ujarnya.
Terdahulu, majlis turut diraikan dengan pengagihan bubur lambuk pada warga Simunjan.