Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, hadir ke Majlis Sungkei Perdana yang berlangsung di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak, di sini pada Selasa. Foto Faitullah Morni (TVS)

Tun Dr Wan Junaidi, isteri serikan Majlis Sungkei Perdana di Astana Negeri

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 18 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Majlis Sungkei Perdana yang berlangsung di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak, di sini hari ini.

Tun Dr Wan Junaidi dan isteri tiba di dewan tersebut kira-kira jam 6.45 petang, diiringi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Seusai berbuka puasa, beliau bersama tetamu kehormat dan para jemputan beragama Islam yang lain menunaikan solat Maghrib secara berjemaah sebelum menikmati jamuan makan malam.

Majlis diteruskan dengan solat Isyak dan solat sunat tarawih secara berjemaah, sebelum diakhiri dengan moreh.

Turut hadir, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, barisan Kabinet Kerajaan Sarawak, wakil-wakil rakyat serta dif-dif kenamaan yang lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan