Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suria Records muncul dengan lagu Raya Twist, hasil gabungan suara daripada Intan Maya, Mark Adam, Erika Foo, Fairuz Syazwan, Chaca Trisha dan Xpose.

Raya Twist: Lagu raya terbaharu daripada artis-artis Suria Records

MENJADI lumrah dan tradisi rakyat Malaysia apabila menjelang Hari Raya, mereka menantikan lagu raya terbaharu daripada artis kegemaran mereka.

Tidak terkecuali, Suria Records (SRC) kembali menerbitkan lagu bertajuk Raya Twist, hasil gabungan suara daripada Intan Maya, Mark Adam, Erika Foo, Fairuz Syazwan, Chaca Trisha dan Xpose.

Walaupun Suria Records terkenal dengan lagu-lagu raya ‘evergreen’, melihat peredaran zaman dan pergantian artis, lagu raya harus diberi nafas baru tanpa mengabaikan lagu-lagu klasik yang telah lama dikenali.

Berikutan kejayaan luar biasa lagu Raya Dirumah Dinda tahun lepas, lagu Raya Twist yang dihasilkan sepenuhnya oleh Zik dan Nabilah ini sangat sesuai dengan karakter artis-artis Suria Records, serta mengangkat mood kegembiraan beraya bersama.

Walaupun masing-masing sibuk mempromosikan single mereka sendiri, mereka tetap teruja untuk menyanyikan lagu Raya Twist bersama-sama. Keakraban di antara artis-artis Suria Records dapat dirasai dalam lagu ini.

Hari Raya merupakan hari yang patut diraikan dengan kegembiraan, tidak kira bangsa atau kaum.

“Walaupun hanya sebuah lagu raya, kekeluargaan dan kesefahaman dapat dirasai. Lagu ini pasti membuatkan anda turut bergoyang bersama kami apabila mendengarnya,” ujar Furhan Xpose.

Lagu Raya Twist kini boleh dimuat turun di iTunes dan distrim melalui portal muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, YouTube Muzik dan Spotify.

Dengarkan juga lagu Raya Twist nyanyian artis-artis Suria Records di semua saluran radio tempatan pilihan anda!

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan