Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak juga menggalakkan penjanaan solar berskala besar termasuk solar terapung di empangan di Sarawak. Foto fail TVS

Pembangunan tenaga boleh baharu sejajar sasaran 15GW menjelang 2035

BySaibi Gi

KUCHING, 18 Mac: Potensi besar Sarawak dalam menghasilkan tenaga elektrik yang dijana menerusi sumber boleh baharu berupaya menarik ramai pelabur dalam sektor tenaga boleh baharu.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata sehubungan itu kementeriannya bersama Sarawak Anergy akan terus berusaha untuk memudahcara proses penyertaan pelabur.

“Ini adalah bagi merealisasikan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 yang bermatlamat menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri maju menjelang 2030,” katanya berucap pada Majlis Berbuka Puasa Sarawak Energy Berhad di sini, malam tadi.

Dato Sri Julaihi Narawi (tengah) pada Majlis Berbuka Puasa SEB di Kuching pada Isnin. Foto Julaihi Narawi (FB)

Menjelaskan lagi, beliau berkata kementeriannya dan Sarawak Energy sedang mengkaji potensi membangunkan tenaga boleh baharu seperti solar dan sumber kuasa berperingkat (cascading power source).

Inisiatif ini adalah sejajar dengan matlamat mencapai sasaran kapasiti penjanaan 10GW menjelang 2030 dan peningkatan ke 15GW menjelang 2035.

“Setakat ini, 12 lembangan sungai telah dikenalpasti untuk kajian bagi cascading power source dengan potensi penjanaan sehingga 3,000MW.

“Sungai Tutoh, Sungai Belaga dan Sungai Trusan kini berada pada peringkat libat urus bersama komuniti sebelum kajian survei dijalankan di tapak, manakala Sungai Gaat kini di peringkat kajian kebolehlaksanaan tapak,” jelasnya.

Menurutnya, selain daripada itu, beberapa lokasi untuk kajian pumped hydro energy storage akan dijalankan di Bakun, Murum, Stumbin dan Padawan.

Kerajaan Sarawak juga menggalakkan penjanaan Large Scale Solar (LSS) termasuk solar terapung di empangan di Sarawak.

“Kini terdapat lebih daripada 20 pemohon yang berminat untuk menerokai pembangunan LSS di Sarawak yang berpotensi besar untuk menyumbang kepada kapasiti penjanaan di Sarawak,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan