Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas sisa elektronik (e-waste) bernilai lebih RM14.69 juta dalam tiga serbuan di sekitar bandar raya ini menerusi Op Hazard Sarawak, semalam. Foto PGA

Op Hazard: PGA Sarawak rampas e-waste bernilai lebih RM14 juta

KUCHING, 18 Mac: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas sisa elektronik (e-waste) bernilai lebih RM14.69 juta dalam tiga serbuan di sekitar bandar raya ini menerusi Op Hazard Sarawak, semalam.

Komander PGA Briged Sarawak SAC Dr Che Ghazali Che Awang berkata serbuan di premis disyaki beroperasi tanpa permit atau lesen antara 10 pagi hingga 4 petang itu, turut melibatkan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beliau berkata pasukan serbuan turut menahan sembilan individu termasuk masing-masing seorang wanita tempatan dan lelaki warga asing berumur antara 26 hingga 55 tahun.

“Pemeriksaan lanjut menemukan sejumlah 525.45 tan komponen e-waste belum diproses bernilai RM14.69 juta, tiga kenderaan berat (RM2.4 juta), lima mesin dan peralatan pelbagai jenis (RM3.02 juta) serta rampasan lain bernilai RM1.5 juta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anggaran nilai keseluruhan rampasan lebih RM21.61 juta.

Kesemua rampasan diserahkan kepada JAS dan PBT untuk siasatan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, serta Undang-Undang Kecil dan Kaedah-Kaedah Majlis Perbandaran Padawan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan