Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Semarakkan Aidilfitri anda dengan lagu raya terbaharu dari TVS, Nostalgia Raya, yang kini boleh di strim di platform digital TVS.

Nostalgia Raya: Kolaborasi TVS, Alia Tenor dan Bob Yusof meriahkan Syawal

SEMARAKKAN sambutan Aidilfitri anda dengan lagu raya terbaharu dari TVS, Nostalgia Raya, yang kini boleh di strim di platform digital TVS.

Lagu ini menampilkan keunikan dan keistimewaan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sarawak dengan menggambarkan kemeriahan dan kehangatan suasana perayaan yang penuh warna-warni.

Ia mempersembahkan keindahan adat dan tradisi masyarakat setempat, termasuk persiapan menjelang lebaran, kunjungan ke rumah terbuka, serta nikmatnya menjamu selera dengan pelbagai juadah tradisional yang menggamit nostalgia.

Liriknya bukan sekadar menceritakan kebersamaan dan keceriaan berkumpul bersama keluarga serta rakan-rakan, malah turut menyerlahkan elemen budaya seperti persembahan bermukun yang menjadi sebahagian daripada warisan unik Sarawak.

Dengan gabungan melodi yang ceria dan lirik yang penuh makna, Nostalgia Raya dijangka menjadi lagu wajib dengar yang menghidupkan semangat Aidilfitri dan membangkitkan kenangan manis setiap kali Syawal menjelang.

Lagu ini menampilkan kolaborasi istimewa antara TVS, Alia Tenor, dan Bob Yusof, dengan susunan muzik oleh Galvin Patrick, serta lirik hasil nukilan Alia Tenor & Bob Yusof.

Produksi muzik dikendalikan oleh Revon Jeremiah dan lagu ini diterbitkan oleh Sarawak Media Group Sdn Bhd.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan