Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Michael Walsh di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

New Zealand dan Sarawak bincang perkukuh kerjasama pendidikan dan tenaga

ByAkma Salleh

KUCHING, 18 Mac: Sektor pendidikan dan tenaga menjadi agenda utama dalam perbincangan antara New Zealand dan Sarawak.

Pesuruhjaya Tinggi New Zealand, Michael Walsh, berkata kunjungan hormatnya kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama serta memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

“Perbincangan kami tertumpu kepada kepentingan pendidikan dan tenaga, termasuk pelbagai sumber tenaga serta peranannya.

“Selain itu, kami juga membincangkan aspek makanan dan minuman, serta persamaan yang ada dan bagaimana kita boleh saling melengkapi dalam bidang-bidang tersebut,” katanya ditemui selepas kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

Ini merupakan lawatan pertama Michael Walsh ke Sarawak selepas menerima Watikah Pelantikan Ketua Perwakilan Asing ke Malaysia di Istana Negara pada Januari lalu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan