Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Lundu daripada Superintenden Damataries Lautin (kiri) kepada Superintenden Sudirman Kram (kanan) yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu pada Selasa.Foto TVS

Naik taraf IPD akan dilaksana secara berperingkat – Mancha

KUCHING, 18 Mac: Polis Sarawak akan berusaha untuk menaik taraf Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) secara berperingkat di seluruh negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, pihaknya kini giat merangka serta memperhalusi perancangan kerja-kerja naik taraf itu, untuk memastikan anggota serta pegawainya dapat beroperasi dalam persekitaran kerja yang lebih kondusif dan produktif.

“Setakat ini, ada empat IPD dinaik taraf daripada Kategori C ke Kategori B dan ini dilaksanakan serentak dengan kenaikan pangkat. Untuk semua Kategori B, pangkat yang disandang adalah Superintenden dan Kategori C, pangkat yang disandang adalah Deputi Superintenden Polis (DSP).

“Setakat ini, pada peringkat permulaan, ada empat IPD yang dinaik taraf ke Kategori B dan ini termasuklah IPD Lundu, IPD Kota Samarahan, IPD Serian serta IPD Sri Aman dan ada kemungkinan untuk menaik taraf IPD-IPD lain lain-lain di kontinjen Sarawak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selesai Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Lundu daripada Superintenden Damataries Lautin kepada Superintenden Sudirman Kram yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu pada Selasa.

Terdahulu, Mancha menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Lundu daripada Superintenden Damataries Lautin kepada Superintenden Sudirman Kram yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu hari ini.

Superintenden Sudirman mengambil alih jawatan Ketua Polis Daerah (KPD) Lundu daripada Superintenden Damataries yang akan menjawat jawatan baharu rasminya sebagai KPD Kota Samarahan.

Mancha turut menitipkan pesan kepada kedua-dua KPD baharu agar untuk meneruskan legasi perkhidmatan cemerlang PDRM kepada masyarakat.

“Serah terima tugas ini bukan hanya sekadar penyerahan jawatan, tetapi juga satu simbolik kepada pengiktirafan, komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan oleh kedua-dua pegawai ini, dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat sekitar,” katanya.

Turut berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi PERKEP Daerah Lundu daripada Sandhora Diyon kepada Dayang Zainab Abang Mahmud dengan disaksikan oleh Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak, Faisha Ishak.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan