Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuih Bongkol kuih tradisional Sarawak. Foto Media sosial

Kuih bongkol, juadah utama berbuka puasa di Sarawak

KOTA SAMARAHAN, 18 Mac: Ketika azan maghrib berkumandang menandakan tibanya waktu berbuka puasa, sepinggan kuih bongkol sudah menunggu di atas meja sebagai antara juadah utama masyarakat di Sarawak sepanjang Ramadan ini.

Bagi mereka yang pertama kali mencubanya pasti akan terpesona dengan tekstur kuih tradisi itu yang lembut seperti kastard dengan setiap suapan memberikan rasa lemak manis yang sempurna hasil gabungan tepung beras, santan segar dan gula apong, sejenis gula nipah yang terkenal di Sarawak.

Kuih Bongkol kuih tradisional Sarawak. Foto Media sosial

Peniaga kuih, Sainah Salleh atau lebih dikenali sebagai Cik Senah, 58, berkata kuih bongkol dibungkus dengan daun pisang sebelum dikukus untuk memberikan aroma semula jadi yang menambat selera.

“Saya mewarisi resipi kuih ini daripada ibu dan ini merupakan resepi turun-temurun. Generasi muda perlu belajar cara membungkus kuih bongkol agar kuih tradisi ini tidak dilupakan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Cik Senah adalah antara peniaga kecil yang mengambil peluang menjaja kuih di kawasan perumahan Desa Ilmu di sini sepanjang Ramadan yang telah dilakukannya sejak 15 tahun lepas, dengan kuih bongkol yang kini dijual pada harga RM2 sebiji kekal menjadi buruan utama pelanggan.

Syakila Isyak, 31, yang merupakan pembeli setia kuih bongkol Cik Senah berkata kuih itu bukan sekadar pencuci mulut biasa tetapi ia mengingatkannya tentang suasana Ramadan di kampung.

“Setiap kali berbuka puasa, kuih ini wajib dihidang dalam keluarga saya, begitu juga dengan keluarga yang lain kerana ini adalah kuih tradisi dan identiti Sarawak.

“Di sesetengah kampung, kuih bongkol dijadikan juadah moreh selepas solat tarawih di masjid dan surau,” katanya.

Sementara itu, Azizah Ismawi, 36, berkata walaupun kuih bongkol kurang dikenali orang luar, bagi rakyat Sarawak kuih tersebut adalah kebanggaan warisan kulinari yang perlu terus dilestarikan.

Tambahnya, kuih bongkol bukan hanya makanan tetapi satu cerita, satu memori dan satu warisan yang terus mekar dalam kehidupan masyarakat Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan