Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah KPDN, Matthew Dominic Barin ketika ditemui menyampaikan pek bubur lambuk kepada TVS hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

KPDN Sarawak agih 500 pek bubur lambuk kepada rakan strategik, komuniti

ByAdlina Rahman

KUCHING, 18 Mac : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak hari ini mengagihkan lebih 500 pek bubur lambuk kepada rakan strategik, pekerja premis dan pengunjung sekitar pejabatnya di sini, sempena meraikan Ramadan kali ini.

Pengarahnya, Matthew Dominic Barin berkata, program itu bertujuan mengeratkan hubungan dengan rakan strategik serta menyemarakkan semangat kepenggunaan dan konsumerisme dalam kalangan masyarakat.

“Memang kita buat setiap tahun, tahun lepas pun kita dah buat dan tahun ini kita buat juga sebab kita nak menyemarakkan semangat kepenggunaan itu.

“Semarak Konsumerisme itu untuk tahun ini dan sempena bulan Ramadan ini kita akan memberi sumbangan, sedekah kepada mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Beberapa agensi strategik, termasuk Pejabat Setiausaha Perusahaan Sarawak, turut dijemput bagi menerima sumbangan tersebut yang diadakan di perkarangan pejabat KPDN Sarawak.

Turut hadir Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan, serta Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Sarawak, Ramlee Leen. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan