Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Ritcher melanda Luar Pantai Barat Sumatera Utara, Indonesia pada 6.22 pagi tadi. Foto hiasan Envato

Gempa bumi sederhana landa Sumatera, gegaran dirasai di Malaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Ritcher melanda Luar Pantai Barat Sumatera Utara, Indonesia pada 6.22 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 41 km timur dari Sibolga, Indonesia.

Gegaran gempa bumi itu turut dirasai di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan