Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak, dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah n ketika sidang media penyerahan borang Endownment Sarawak (EFS) dan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) di Hospital Miri, hari ini. Foto TVS

Fatimah lawat wad ibu bersalin, sampaikan maklumat bantuan kerajaan negeri

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 18 Mac: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak, dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah mengadakan lawatan ke Hospital Miri bagi meninjau keadaan di wad ibu bersalin serta menyampaikan maklumat mengenai inisiatif kerajaan negeri bagi golongan tersebut.

Menurutnya, sesi lawatan itu merupakan sebahagian daripada usaha kementerian dalam memberi perhatian kepada ibu bersalin, pesakit kanser, dan pesakit buah pinggang melalui program ziarah ke wad.

“Pagi ini giliran Miri untuk kita melawat ibu bersalin dan Alhamdulillah, kita berpeluang mengucapkan tahniah kepada ibu-ibu yang selamat melahirkan anak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media penyerahan Borang Endownment Sarawak (EFS) dan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) di Hospital Miri, di sini hari ini.

Kerajaan Sarawak menerusi kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak, dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak telah menyediakan bantuan khas sebanyak RM450 kepada setiap ibu bersalin yang merupakan warganegara Sarawak atau isteri kepada warganegara Sarawak.

Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung ibu-ibu selepas bersalin.

“Kita mahu pastikan lebih ramai ibu mengetahui bantuan ini dan mengambil peluang memohon kerana ianya adalah satu manfaat yang tidak mudah ditemui di tempat lain,” katanya lagi.

Setakat Februari 2025, sebanyak 79,706 ibu telah menerima manfaat daripada bantuan ini, melibatkan peruntukan sebanyak RM35.8 juta sejak pelaksanaannya pada tahun 2020. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan