Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Enam buah kereta yang di parkir di kawasan letak kereta di kilang Press Metal, Bintulu, terbakar petang tadi. Foto JBPM

Enam kereta terbakar di kilang Press Metal

BINTULU, 18 Mac: Enam buah kereta yang parkir di kawasan letak kereta di kilang Press Metal di sini, terbakar petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 4.35 petang dengan menggerakkan empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati terdapat kebakaran enam buah kereta di tempat letak kereta kilang tersebut.

“Pihak bomba membuat size-up di lokasi dan membentang satu aliran 600 kaki satu nozel air pili bomba kilang tersebut untuk memadam kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setelah memastikan keadaan benar- benar selamat dan mengambil maklumat pasukan bomba bertolak balik ke balai.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan