SEBUYAU, 18 Mac: Anak-anak di kawasan Sebuyau dinasihatkan agar merebut peluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat pengajian tinggi sekiranya berkelayakan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau yang jug Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata tawaran dalam bidang pendidikan pada hari ini harus dimanfaatkan sepenuhnya untuk mereka melakar kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.
Tambahnya, ibu bapa juga perlu memainkan peranan mereka dalam menggalakkan anak-anak untuk mengambil serius tentang pendidikan agar anak mereka lebih bersemangat dan bermotivasi untuk belajar.
“Jadi saya harapkan sumbangan pendidikan yang saya sediakan dari semasa ke semasa ini sedikit-sedikit dapat meringankan bebanan ataupun keperluan anak-anak kita yang bersedia untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebiht inggi lagi.
“Kita percaya anak-anak kita pula akan menjadi sebahagian daripada modal insan dalam kita,” katanya.
Beliau berkata demikian di cara Ziarah Ramadan dan Program Tanggungjawab Sosial di Masjid Darul Aman di Sebuyau pada Selasa.
Seramai 33 orang anak jati Sebuyau telah menerima insentif pendidikan bagi kegunaan persediaan melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi.
Dalam jumlah tersebut, seorang pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor falsafah, sembilan orang ke peringkat ijazah sarjana muda, 22 orang ke peringkat diploma dan seorang ke peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). -TVS