Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menyampaikan sumbangan bubur lambuk kepada orang ramai. Foto TVS

Amalkan tradisi berkongsi rezeki ketika Ramadan setiap masa

KUCHING, 18 Mac: Tradisi berkongsi rezeki bersama mereka yang kurang bernasib terutamanya ketika Ramadan harus diamalkan setiap masa.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, semangat seumpama itu perlu sentiasa dipupuk dan diteruskan bukan sahaja ketika bulan Ramadan tetapi juga pada bulan-bulan seterusnya.

” Ini adalah sesuatu yang amat kita galakkan sebab kita mengutamakan perpaduan dan kejahteraan masyarakat di Bumi kenyalang ini.

“Kita juga mahu Sarawak tanpa mengira bangsa dan agama untuk bersama dan bersatu hati meraikan antara satu sama lain seterusnya memastikan perpaduan kita terus kuat, sejahtera dan dengan ini kita dapat mensejahterakan negeri Sarawak kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Program Agihan Bubur Lambuk Badan Kebajikan Kakitangan Islam Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di Masjid Ikhwanul Islam, Petra Jaya di sini.

Tambah Sharifah Hasidah, dasar yang diamalkan oleh Kerajaan Sarawak merupakan sebuah dasar inklusif tanpa meminggirkan sesuatu kaum itu.

Kerajaan jelas beliau mahu semua rakyat di wilayah ini untuk terlibat dalam semua aspek pembangunan Sarawak seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan komuniti di wilayah itu.

“Dasar kita (Kerajaan Sarawak) tak kira siapa, di mana, lelaki, wanita semua, kita mahu semua terlibat dalam pembangunan negeri Sarawak dan menyumbang kepada kesejahteraan dan kemakmuran komuniti di Sarawak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan