Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahmad Musa dan Nur Hania Abdullah ketika ditemui TVS di Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri Bahagian Miri Tahun 2025 di Perkarangan Dynasty Hotel, Miri, hari ini. Foto TVS

Aidilfitri: Bantuan kerajaan ringankan beban kewangan rakyat

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 18 Mac: Penerima bantuan sempena Hari Raya Aidilfitri yang disalurkan oleh kerajaan menzahirkan kesyukuran masing-masing kerana bagi mereka ia meringankan beban kewangan menjelang perayaan.

Salah seorang penerima, Ahmad Musa, 66, menyatakan rasa terima kasihnya kepada kerajaan atas bantuan yang diberikan.

“Kami sangat berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi bantuan untuk meringankan kami menyambut Hari Raya Aidilfitri. Syukur Alhamdulillah, terima kasih banyak atas pemberian bantuan ini,” katanya ketika ditemui TVS di Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri Bahagian Miri Tahun 2025 di Perkarangan Dynasty Hotel, Miri, hari ini.

Ahmad juga menyatakan meskipun jumlah bantuan tidak sepenuhnya mencukupi untuk perbelanjaan keseluruhan, namun ia sekurang-kurangnya membantu menampung keperluan asas mereka.

“Sekurang-kurangnya menambah keperluan kami, insyaAllah. Harapan kami, semoga benda ini berterusanlah,” katanya lagi.

Sementara itu, seorang penerima lain, Nur Hania Abdullah, 39, yang berasal dari Kuching tetapi bekerja di Miri, turut meluahkan rasa syukur terhadap inisiatif tersebut.

Baginya, bantuan ini bukan sahaja bermanfaat kepada dirinya tetapi juga kepada mereka yang kurang berkemampuan.

“Sumbangan ini baguslah sebab boleh dikongsikan dengan orang-orang yang kurang berkemampuan. Lebih-lebih lagi untuk persiapan Hari Raya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan