Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Abdul Aziz Abang Abdul Rauf menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan dan wang tunai di Masjid Noorul Islam Daerah Sematan, semalam. Foto Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu Lundu (FB)

30 asnaf DUN Tanjong Datu terima sumbangan sempena Ramadan

ByAsmah Adenan

SEMATAN, 18 Mac: Seramai 30 asnaf di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu menerima sumbangan berupa bakul makanan dan wang tunai daripada Pusat Khidmat ADUN N3 Tanjong Datu.

Program yang diadakan setiap tahun sempena bulan Ramadan itu bertujuan membantu golongan tidak berkemampuan menjalani ibadah puasa.

Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Setiausaha Politik Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Abang Abdul Rauf di Masjid Noorul Islam Daerah Sematan, semalam.

Pada masa sama, Aziz turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan N3 Prihatin dan PBB N3 Tanjong Datu kerana telah mengatur dan memastikan kelancaran program dapat dilaksanakan dengan lancar.

Program tersebut merupakan yang kedua diadakan selepas program pertama pada 6 Mac lepas di Masjid Sekambal.

Hadir sama, Pegawai Daerah Lundu Awang Yusup Awang Mostapha, Penghulu Awang Helmi Awang Panji, Kaunselor Mohamad Naieem Samsudin serta ketua-ketua masyarakat Daerah Kecil Sematan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan