Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang. Foto fail Bernama

Tindakan tampar lelaki bukan muslim makan tidak cermin perpaduan – Aaron

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Tindakan seorang lelaki warga emas menampar seorang lelaki bukan beragama Islam ketika sedang makan adalah satu provokasi yang tidak mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian negara, kata Datuk Aaron Ago Dagang.

Menteri Perpaduan Negara itu menegaskan beliau mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan, diskriminasi dan sikap prejudis yang boleh merosakkan keharmonian antara kaum.

“Isu-isu yang menyentuh soal perpaduan tidak boleh dipandang remeh. Kita tidak boleh membiarkan sebarang insiden yang boleh meruntuhkan keharmonian rakyat Malaysia,” katanya menerusi kenyataan di X, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden seorang pemilik akaun X, Elijah (bingbingE656) yang ditampar seorang lelaki tua kerana makan pada bulan puasa walaupun telah menjelaskan dia bukan muslim.

Jelas Aaron Ago, beliau telah dimaklumkan oleh polis bahawa Elijah telah membuat laporan di Balai Polis Tampoi dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, beliau berharap agar semua rakyat Malaysia mengamalkan adab yang tinggi dalam berinteraksi, sentiasa saling mengormati budaya dan mengamalkan nilai faham, hormat dan terima.

“Negara ini hanya akan maju jika kita bersatu, saling menghormati, dan hidup dalam keadaan aman tanpa sebarang bentuk ketegangan kaum atau agama,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan