Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak serta Sarawak Energy Berhad (SEB) sedang mengkaji semula Pelan Induk Elektrik Sarawak 2025-2030 bagi memastikan usaha elektrifikasi penuh secara menyeluruh ke kawasan luar bandar di negeri ini tercapai. Foto hiasan Envato

Sarawak kaji semula pelan induk elektrik 2025-2030

ByBernama

KUCHING, 17 Mac: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak serta Sarawak Energy Berhad (SEB) sedang mengkaji semula Pelan Induk Elektrik Sarawak 2025-2030 bagi memastikan usaha elektrifikasi penuh secara menyeluruh ke kawasan luar bandar di negeri ini tercapai.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berkata buat masa ini, liputan bekalan elektrik untuk luar bandar di seluruh Sarawak adalah 98.6 peratus.

“Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak akan terus komited untuk mencapai elektrifikasi penuh di Sarawak dengan pembekalan tenaga yang boleh dipercayai secara menyeluruh ke kawasan luar bandar bagi memperkukuh pembangunan ekonomi di negeri ini.

“SEB selaku agensi pelaksana memainkan peranan penting untuk memastikan setisp projek atau inisiatif dilaksanakan dengan lancar dan menepati masa,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa SEB di sini hari ini.

Mengenai Projek Dana Permohonan Tambahan atau Lewat (ALAF), Julaihi berkata sejumlah RM315 juta diperuntukkan sejak 2018 bagi Fasa Satu hingga Fasa Empat yang telah memberi manfaat kepada hampir 20,000 isi rumah.

Beliau berkata sehingga kini, lebih 17,000 permohonan baharu telah diterima bagi inisiatif berkenaan dan jumlah itu dijangka terus meningkat.

“Kementerian merancang untuk membekalkan elektrik kepada pemohon baharu itu menerusi projek ALAF dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan jumlah peruntukan dianggarkan sebanyak RM550 juta,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan