Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sharbini Suhaili berucap pada Majlis Menandatangani MoU antara Sarawak Energy dan Roche Malaysia di Kuching, hari ini. Foto TVS

Sarawak Energy dan Roche Malaysia kerjasama bantu pesakit kanser

KUCHING, 17 Mac: Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Roche Malaysia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk memformalkan kerjasama menyokong komuniti wanita dalam melawan kanser menerusi program “Empower HER”.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB, Datuk Sharbini Suhaili berkata MoU ini adalah langkah penting dalam menyediakan platform perkongsian dana bagi pesakit kanser yang kurang berkemampuan, dengan kerjasama berterusan bersama Hospital Umum Sarawak.

“Model ini bertujuan meringankan beban kewangan pesakit kanser di hospital awam, khususnya pesakit dengan masalah kewangan,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sarawak Energy Berhad dan Roche Malaysia di sini, hari ini.

Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Dato Sri Fatimah Abdullah menyaksikan pemeteraian MoU antara Sarawak Energy dan Roche Malaysia. Foto TVS

Inisiatif ini bertujuan memberi akses yang lebih mudah, cepat, dan mampan kepada Rawatan Penjagaan Standard Neoadjuvant untuk pesakit kanser payudara HER-2 positif.

Sharbini berharap kerjasama ini dapat memperkasakan landskap perubatan dan memberi sokongan kepada pesakit dan ‘survivor’ kanser, terutamanya wanita.

Menurut laporan Registri Kanser Kebangsaan Malaysia, sekitar 49.5% wanita disahkan menghidap kanser tahap satu dan dua antara 2017 hingga 2021.

Majlis menandatangani MoU ini disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian dan dihadiri oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah serta Pengurus Besar Roche Malaysia, Deepti Saraf.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan