Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hampir putus dua jari tangan kanan selepas terkena mercun bola yang tidak sempat dibaling dalam kejadian di Kampung Batu 23, Labok di Machang, Jumaat lepas. Foto Ibu mangsa

Remaja lelaki hampir putus dua jari akibat mercun bola

ByBernama

KOTA BHARU, 17 Mac: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hampir putus dua jari tangan kanan selepas terkena mercun bola yang tidak sempat dibaling dalam kejadian di Kampung Batu 23, Labok di Machang, Jumaat lepas.

Ibu mangsa dikenali sebagai Siti, 24, berkata kejadian itu hanya disedarinya pada keesokan hari sekitar 11.30 selepas remaja berkenaan mengadu sakit kepala.

“Dia mengadu kepada sepupu bahawa dia sakit kepala sebelum saya sedar kecederaan di tangannya. Kami terus bergegas ke Hospital Machang untuk mendapatkan rawatan.

“Bahagian jari telunjuk serta jari tengah tangan kanannya mengalami kecederaan teruk hingga menyebabkan tulang patah dan hancur. Kami dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, tiada laporan polis dibuat setakat ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan