Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Rusia Vladimir Putin dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, mungkin akan berbincang minggu depan. Foto AFP

Perbincangan Putin-Trump mungkin berlangsung minggu depan

ByBernama

NEW YORK, 17 Mac (Bernama-TASS) — Presiden Rusia Vladimir Putin dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, mungkin akan berbincang minggu depan, lapor agensi berita TASS memetik kenyataan utusan khas presiden AS Steven Witkoff kepada CNN.

Witkoff menyatakan keyakinan tentang perbincangan yang akan datang, menyatakan yang beliau percaya kedua-dua presiden akan terlibat dalam “perbincangan yang sangat baik dan positif.”

Beliau juga mengesahkan terdapat komunikasi yang berterusan dengan pegawai Ukraine, menyatakan bahawa AS menasihati mereka mengenai pelbagai isu yang sedang dipertimbangkan.

Apabila ditanya sama ada rundingan mengenai penyelesaian konflik di Ukraine mencapai tahap di mana Trump boleh terlibat, Witkoff mengesahkan yang Trump terlibat dalam semua aspek dan arah perbincangan itu.

Trump turut dimaklumkan mengenai hasil pertemuannya dengan Putin.

Witkoff turut menegaskan bahawa presiden AS dimaklumkan secara langsung mengenai perkembangan semasa dan terlibat dalam setiap keputusan penting berkaitan perkara itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan