Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak 1446h/2025m, di Masjid Darul Makmur, Serian, malam ini. Foto Nadim Bokhari(TVS)

Pemimpin berilmu kunci kemakmuran ekonomi rakyat – Abang Johari

BySheera Abg Mansor

SERIAN, 17 Mac: Kerajaan hendaklah terdiri dalam kalangan golongan yang berilmu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan untuk kesejahteraan rakyat, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau menekankan bahawa pemimpin yang memiliki pengetahuan luas dapat meneroka peluang baharu untuk memperkukuhkan ekonomi negeri, sekali gus meningkatkan taraf hidup masyarakat.

“Kalau kerajaan tidak ada duit, bagaimana mahu membantu rakyat? Sebab itu, kerajaan mesti terdiri daripada orang yang berilmu, untuk mengangkat ekonomi rakyat. Alhamdulillah, Sarawak setakat ini boleh tahan makmur sebab dapat membantu rakyat,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak 1446h/2025m, di Masjid Darul Makmur, di sini, malam ini.

Beliau berkata, kestabilan ekonomi Sarawak hari ini membolehkan kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif kebajikan seperti Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) untuk membantu rakyat membeli keperluan asas pada harga berpatutan.

“Kita lihat rakyat berpusu-pusu membeli beras, telur, dan barangan dapur sehingga penuh troli. Semua ini kerajaan yang bantu,” ujarnya lanjut.

Hal ini kata beliau, merupakan tanda bahawa kerajaan yang berilmu mampu merancang bantuan yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau turut menyeru masyarakat agar terus menerapkan ilmu kemasyarakatan dalam kehidupan kerana hubungan sesama manusia adalah asas utama dalam membentuk masyarakat yang makmur. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan