Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Mahmood Razak Bahman bersama pegawai tertinggi JPJ yang lain semasa tinjauan di PUSPAKOM Shah Alam. Foto PUSPAKOM (Facebook)

Orang tengah kaut untung sehingga RM750 jual slot tempahan janji temu Puspakom

SHAH ALAM, 17: Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Mahmood Razak Bahman mendedahkan terdapat orang tengah atau runner mengaut keuntungan hingga RM750 dengan menjual satu slot tempahan janji temu kepada pihak ketiga.

Mahmood Razak berkata modus operandi atau taktik yang digunakan orang tengah berkenaan adalah dengan menggunakan nombor casis kenderaan yang sama namun mempunyai nombor pendaftaran (nombor plat) berlainan bagi mendapatkan slot tempahan yang banyak.

Beliau berkata setiap satu slot janji temu di Puspkom hanya ditetapkan pada RM3.50 tetapi dengan taktik tersebut, orang tengah berkenaan mampu menjualnya hingga RM750.

“Siasatan masih dilakukan dengan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kita sedang teliti, siapa dan mengapa mereka melakukannya dan akan panggil (orang tengah itu),” katanya pada sesi taklimat susulan tinjauan Ketua Pengarah JPJ Malaysia Datuk Aedy Fadly Ramli ke Puspakom Shah Alam hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata Puspakom tidak lagi membenarkan tempahan slot pemeriksaan berganda bagi nombor pendaftaran sama untuk mengelakkan penyalahgunaan oleh orang tengah dengan menjual slot pemeriksaan kepada pihak lain untuk keuntungan berlebihan.

Sementara itu, Aedy Fadly pada sidang media selepas itu berkata pihaknya turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melihat tindakan yang boleh diambil kepada orang tengah yang terlibat.

“Kita cuba dapatkan runner tersebut tetapi buat masa sekarang semua saluran kita ada dan (mereka) tidak dapat hubungi. Jadi kita cuba dapatkan kaedah lain,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan