Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Alor Merah. Foto tular.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Alor Merah

ByBernama

ALOR SETAR, 17 Mac: Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Alor Merah dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad berkata Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima panggilan daripada orang awam pada 8.31 pagi berhubung penemuan satu mayat di kawasan sungai berkenaan.

“Sepasukan polis telah ke lokasi dan siasatan awal mendapati mayat yang dipercayai lelaki itu ditemukan terapung dalam keadaan tidak berpakaian di dalam Sungai Alor Merah dan dipercayai telah mati beberapa hari berdasarkan keadaan mayat yang telah mereput.

“Pemeriksaan lanjut juga tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat. Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata setakat ini, punca kematian masih belum dapat dipastikan sehingga laporan penuh bedah siasat terhadap mayat itu diperoleh kelak.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Polis meminta kerjasama orang ramai atau waris yang kehilangan ahli keluarga dalam masa terdekat untuk tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran.

“Orang ramai juga diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan penemuan mayat itu kerana bimbang boleh mendatangkan kegusaran kepada ketenteraman awam,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan