Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fadillah merakam gambar kenangan bersama-sama tetamu yang hadir. Foto TVS

Malaysia komited realisasikan perlepasan karbon sifar bersih

KUCHING, 17 Mac: Malaysia komited dengan perancangan Pelan Halatuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR) dalam merelisasikan impian perlepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Sarawak mempunyai kelebihan berbanding negeri lain kerana berjaya menghasilkan tenaga boleh diperbaharui menerusi hidrogen, gas dan solar.

“Apa yang lebih penting adalah tiga aspek penting yang perlu dijaga iaitu bekalan, kelestarian dan kemampuan dalam membekalkan tenaga untuk digunakan oleh semua lapisan masyarakat.

“Dan diharapkan kita dapat memastikan tiga aspek yang kita kena jaga ialah pertama sekali keselamatan, jaminan dan tenaga sentiasa ada.

“Yang kedua, kelestarian alam sekitar dari segi generasi tenaga manakala ketiga adalah kemampuan kita mengeluarkan tenaga,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pemberita pada Majlis Iftar Ramadhan PEKEMA Sarawak bersama Anak Yatim dan Asnaf di Kuching pada Ahad.

Menurutnya, kekurangan bekalan sumber tenaga boleh diperbaharui dapat diselesaikan menerusi kerjasama erat dalam kalangan negara Asean menerusi rancangan Grid Tenaga Asean yang melibatkan Laos, Singapura, Malaysia dan Vietnam.

Malaysia ketika ini katanya menerusi Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersetuju menandatangani perjanjian persefahaman pembekalan dan perolehan tenaga boleh diperbaharui dengan Vietnam menerusi Vietnam Power yang akan dilakukan menerusi saluran kabel bawah laut.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Tranformasi Air (PETRA) turut menjelaskan tender kini dibuka bagi membekalkan Battery Energy Solar System (BESS) bagi menyimpan tenaga boleh diperbaharui itu sekali gus menjadi antara penyelesaian kepada isu terputusnya sumber bekalan terutama ketika cuaca tidak menentu.

TNB juga katanya dalam proses menaik taraf sistem janakuasa bagi menyimpan dan menyampaikan bekalan tenaga boleh diperbaharui.

Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Presiden PEKEMA Sarawak Dato Zainuddin Abdul Rahman -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan