Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuching City FC mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan Selangor FC 2-1 dalam aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Negeri sekali gus melonjak ke kedudukan ketiga liga, memintas Sabah FC. Foto Kuching City FC

Kuching City FC pintas Sabah di tangga ketiga

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 17 Mac: Kuching City FC mencipta kejutan selepas berjaya menewaskan Selangor FC 2-1 dalam aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Negeri sekali gus melonjak ke kedudukan ketiga liga memintas Sabah FC.

Perlawanan bermula dengan kedua-dua pasukan menampilkan aksi seimbang dan saling berbalas serangan dalam usaha mencari gol pendahuluan.

Namun pada minit ke-26, Kuching City akhirnya memecah kebuntuan menerusi jaringan Ramadhan Saifullah yang menyempurnakan hantaran daripada Shamie Iszuan dan memberikan kelebihan 1-0 buat tuan rumah sehingga tamat babak pertama.

Bersambung separuh masa kedua, Selangor FC tidak mengambil masa lama untuk kembali ke dalam permainan apabila Mukhairi Ajmal meledak gol penyamaan pada minit ke-51.

Jaringan itu membangkitkan semangat pasukan pelawat yang terus menggandakan asakan meskipun keadaan padang becak akibat hujan yang menyukarkan pergerakan kedua-dua pasukan.

Sorakan padu penyokong Kuching City yang diberikan kemasukan percuma ke stadium terus membakar semangat skuad kendalian Aidil Sharin Sahak untuk memburu kemenangan di laman sendiri.

Ketika perlawanan tampak menuju keputusan seri, Jimmy Raymond muncul wira Kuching City apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85 menewaskan penjaga gol Selangor, Kalamullah Al-Hafiz.

Jaringan tersebut memastikan tiga mata penuh buat wakil tunggal dari Sarawak itu sekali gus membolehkan mereka memintas Sabah FC untuk menduduki tangga ketiga liga.

Kemenangan tersebut bukan sahaja memperkukuh kedudukan Kuching City dalam saingan Liga Super tetapi juga membuktikan kemampuan mereka untuk bersaing dengan pasukan gergasi bola sepak Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan