Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga balai bomba baharu dicadangkan dibina di jajaran Lebuhraya Pan Borneo bagi memastikan tindak balas lebih pantas di kawasan lebuh raya itu, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Jamri Masran.

JBPM Sarawak cadang bina tiga balai bomba di Lebuhraya Pan Borneo

ByBernama

SIBU, 17 Mac: Tiga balai bomba baharu dicadangkan dibina di jajaran Lebuhraya Pan Borneo bagi memastikan tindak balas lebih pantas di kawasan lebuh raya itu, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Jamri Masran.

Beliau berkata kertas kerja mengenai cadangan pembinaan balai bomba kategori D itu akan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk tindakan lanjut.

“Kewujudan balai bomba di sepanjang jajaran Lebuhraya Pan Borneo membolehkan bomba memberikan respons pantas terhadap sebarang insiden kemalangan jalan raya dengan usaha menyelamat mangsa dapat dilakukan lebih cepat dan efisien.

“Kami telah menyediakan kertas kerja dan buat masa ini, kami mencadangkan pembinaan tiga balai bomba kategori D sebagai permulaan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar Ramadan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah di sini, semalam.

Sejak tiga bulan menerajui JBPM Sarawak, Jamri berkata terdapat peningkatan jumlah kemalangan ditangani bomba di Lebuhraya Pan Borneo.

Menurut Jamri, proses perolehan untuk kategori D lebih mudah dan cepat malah mungkin boleh dimulakan dengan menyewa bangunan kedia sebelum diubah suai menjadi balai bomba.

“Saya harap kerajaan Sarawak dapat memberikan bantuan segera terhadap usaha ini. Kita juga sedang mengenal pasti lokasi sesuai untuk menempatkan tiga balai bomba baharu tersebut,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Jamri memaklumkan dua balai bomba kategori C akan dibina di Engkili (bahagian Sri Aman) dan Dalat (bahagian Mukah) melibatkan kos melebihi RM5 juta sebuah, dengan jangkaan bermula awal tahun depan selepas proses tender selesai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan