Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jawatan baharu, amanah besar – Ibrahim Baki

ByAkma Salleh

KUCHING, 17 Mac: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki menyifatkan jawatan baharu yang disandangnya sebagai satu amanah besar yang perlu dipikul untuk kebaikan Sarawak.

Beliau berkata, ia merupakan satu penghormatan kerana Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari memberi kepercayaan yang tinggi kepadanya.

“Pertamanya, saya baru tahu ini adalah portfolio yang diberi kepada saya. Terima kasih kepada Premier Sarawak kerana memberi kepercayaan kepada saya.

“Apapun ini adalah satu penghormatan bagi saya dan bagi saya itu bukanlah satu keistimewaan kerana ia adalah amanah yang datang dengan tanggungjawab. Dan tanggungjawab kita adalah untuk memastikan kita bekerjasama mencapai visi kita, mencapai kemajuan dan membangunkan Sarawak, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Angkat Sumpah yang berlangsung di Astana Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai skop tugas, Ibrahim berkata beliau akan memberi fokus kepada perkara-perkara yang digariskan oleh Premier Sarawak.

“Buat masa sekarang kita belum tahu macam mana tugasnya, tapi pada asasnya tadi beliau (Abang Johari) ada menyebut tentang membantu untuk menyelaras industri minyak dan gas, iaitu Petros, kerana ‘roadmap’ dan kepentingan tenaga boleh diperbaharui yang mana kita ingin memacu Sarawak untuk memimpin grid Borneo, agar Sarawak menjadi pemain utama dalam sektor tenaga ini,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan