Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sidang media yang diadakan selepas Majlis Angkat Sumpah di Astana Negeri Sarawak, di sini, hari ini. Foto Zaim Zharfan

Ibrahim Baki berpengalaman luas dalam industri minyak, gas

ByAkma Salleh

KUCHING, 17 Mac: Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) Dato Ibrahim Baki berpengalaman luas dalam industri minyak dan gas.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Ibrahim Baki mempunyai kelebihan kerana pernah berkhidmat sebagai pegawai perundangan di Petronas.

“Kita berkehendakkan seorang menteri iaitu dalam Kementerian Utiliti di bawah Dato Sri Julaihi Narawi untuk bersama Dato Ibrahim dalam mengurus dan mengkoordinasikan pembangunan gas kita.

“Dato Ibrahim mempunyai kelebihan kerana beliau memiliki pengalaman. Beliau adalah seorang penerima biasiswa Petronas. Beliau boleh membantu Dato Sri Julaihi dalam menyelaras dan melibatkan secara strategik dengan Petronas dalam usaha kita untuk bergerak ke arah pelan peta gas kita serta kerjasama antara Petronas dan Petros di bawah terma perjanjian komersial yang akan dilaksanakan dan dipersetujui oleh Petronas dan Petros,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Angkat Sumpah di Astana Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari memaklumkan, rundingan antara Petronas dan Petros masih berjalan dan Dato Ibrahim Baki akan terlibat sama dalam rundingan tersebut.

“Ya, beliau akan membantu kita dalam rundingan tersebut.

“Kita memerlukan individu yang mempunyai latar belakang perundangan, korporat serta konsesional untuk meneruskan usaha bagi membangunkan industri gas kita,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan