Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof ditemui pada Jelajah Bazar Ramadan Matang Jaya di Kuching, hari ini. Foto TVS

Fadillah sifatkan pelantikan Ibrahim Baki sebagai langkah strategik pembangunan tenaga

ByWilly Jali

KUCHING, 17 Mac: Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki sebagai Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) disifatkan sebagai langkah strategik bagi memastikan sektor tenaga di Sarawak terus berkembang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata keputusan tersebut dibuat berdasarkan pertimbangan yang teliti oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dengan mengambil kira pengalaman serta kelayakan Ibrahim dalam bidang berkaitan.

“Dato Ibrahim Baki bukan sahaja mempunyai latar belakang sebagai seorang peguam, tetapi juga pernah berkhidmat dengan PETRONAS.

“Pelantikan ini adalah langkah strategik kerana beliau sudah memahami operasi dalaman PETRONAS, sekali gus memudahkan perundingan dan hubungan dengan PETROS,” katanya ketika ditemui pada Jelajah Bazar Ramadan Matang Jaya di sini, hari ini.

Datuk Seri Fadillah Yusof menyantuni dan beramah mesra dengan masyarakat setempat pada Jelajah Bazar Ramadan Matang Jaya. Foto TVS

Jelasnya, pengalaman Ibrahim yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam industri tenaga akan membantu memperkukuhkan perancangan dan pelaksanaan dasar berkaitan tenaga boleh diperbaharui.

“Bidang tenaga merupakan sektor kritikal dan dengan pengalaman beliau, ia akan memudahkan pelaksanaan dasar serta strategi yang berkaitan dengan tenaga boleh diperbaharui.

“Sarawak juga bakal menjadi pembekal tenaga kepada Semenanjung dan Singapura, selain berperanan dalam pembangunan Borneo Power Grid yang kini mendapat perhatian daripada Kerajaan Persekutuan,” jelasnya.

Tambah beliau, pelantikan tersebut dilihat sebagai satu usaha memperkukuh kedudukan Sarawak dalam sektor tenaga, selain memastikan kerjasama yang lebih erat antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dalam merealisasikan agenda pembangunan tenaga lestari untuk negara dan rantau ASEAN.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan