Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Senator Dr Zulkifli Hasan ditemui pada Forum Wacana Minda Madani di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri hari ini. Foto (TVS)

Era pasca normal cabar kematangan pemikiran anak muda

ByVanessa Enjop

MIRI, 17 Mac: Konsep era pasca normal menuntut rakyat, khususnya golongan muda, agar bersedia menghadapi dunia yang semakin kompleks dan tidak menentu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan berkata, cabaran era baharu ini memerlukan pemikiran yang matang serta pemahaman mendalam terhadap perubahan global.

“Kita sekarang berada dalam satu era baharu yang penuh dengan kontradiksi, kompleksiti dan kekacauan. Ketidaktentuan semakin meningkat, khususnya dalam geopolitik global.

“Rakyat perlu bersedia dengan satu kerangka pemikiran yang kukuh untuk menghadapi cabaran ini,” katanya ketika ditemui media selepas Forum Wacana Minda Madani di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sarawak, Miri di sini, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa gagasan madani yang diperkenalkan kerajaan adalah satu usaha untuk membimbing rakyat menghadapi cabaran zaman ini dengan pendekatan yang lebih berasaskan nilai dan kemanusiaan.

“Madani adalah tentang memanusiakan kembali sistem dan masyarakat. Ia membawa pendekatan kemajuan yang tidak hanya berlandaskan teknologi semata-mata, tetapi juga nilai dan moral.

“Hari ini, soalan-soalan yang diajukan sangat mencabar dan menunjukkan kematangan pemikiran anak-anak kita. Ini satu perkembangan yang baik untuk masa depan negara,” tambahnya.

Zulkifli turut menyeru agar semangat Ramadan dijadikan wadah untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Ramadan mengajar kita untuk mendidik jiwa dan berbuat kebaikan kepada semua, bukan hanya kepada orang Islam. Kita perlu memupuk semangat perpaduan dan keharmonian agar Malaysia terus maju sebagai sebuah negara yang berdaya saing,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan