Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas selepas merasmikan kelas memasak untuk 30 wanita PBB Ranting Ulu Paku

Tender pembinaan pusat hemodialisis Spaoh dibuka bulan depan

ByMahathir Haroun

SPAOH, 16 Mac: Tender bagi pembinaan pusat hemodialisis di Spaoh akan dibuka pada bulan depan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, pembinaannya dijangka mengambil masa lapan bulan selepas kontraktor dilantik.

“Pusat ini adalah salah satu daripada tiga yang akan dilaksanakan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kelas memasak untuk 30 wanita PBB Ranting Ulu Paku, hari ini.

Menurutnya, pembinaan untuk setiap satu pusat tersebut dijangka menelan belanja RM5 juta.

“Kita percaya pusat ini akan mengurangkan kesesakan Hospital Sri Aman, Hospital Betong dan Klinik Kesihatan Debak.

“Pusat hemodialisis Spaoh akan dibina di Klinik Kesihatan Spaoh. Apabila siap, pesakit tidak perlu lagi memandu jauh untuk mendapatkan rawatan.

“Dua lagi pusat hemodialisis akan dibina di Kabong dan Beladin,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Uggah menjelaskan Bebuling STOLport akan dikendalikan Hornbill Skyways dan bukannya AirBorneo.

Lapangan terbang STOL bernilai RM248 juta itu dijangka siap pada November tahun ini.

Dalam majlis itu, Uggah turut menyampaikan geran berjumlah RM169,300 kepada sebuah sekolah dan enam organisasi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan