Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Yong Peng, pagi semalam. Foto Sosial media

Suami isteri maut dalam kemalangan di Batu Pahat

ByBernama

BATU PAHAT, 16 Mac: Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Yong Peng, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata mangsa Mohamad Shahrul Nizam Mohd Ali, 24, dan isterinya Norshuhada Kartika Razak, 23, meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki pasangan suami isteri itu hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh penghadang besi jalan hingga berpusing serta melintang di tengah jalan.

“Kenderaan utiliti sukan (SUV) yang berada di belakang juga dalam arah sama, tidak sempat mengelak dan terus melanggar kereta tersebut hingga mengakibatkan pasangan suami isteri yang berada dalam kereta mengalami kecederaan parah di kepala.

“Mereka yang beralamat di Kota Tinggi itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu SUV berusia 50 tahun mengalami kecederaan di bahagian dada dan kini menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulanuar Mushaddat berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan