Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awang Tengah menyerahkan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim. Foto TVS.

Sarawak komited bela kebajikan rakyat

LIMBANG, 16 Mac: Sarawak terus komited membela nasib rakyat dengan membelanjakan sebanyak RM450 juta di bawah Bajet Sarawak 2025 bagi meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan di wilayah ini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) bukan saja komited untuk memastikan Sarawak maju ke depan tetapi dapat membela nasib rakyat.

“Kerajaan GPS mempunyai komitmen besar bukan saja mempastilan negara bergerak maju ke depan dan maju tetapi terus membela nasib rakyat yang kurang berkemampuan.

“Dalam Bajet 2025, kita mengambil kira kebajikan masyarakat dengan memperuntuk RM450 juta untuk membantu masyarakat kita yang memerlukan bantuan dan memastikan setiap hari ada makanan di atas meja,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Kepada Pegawai-Pegawai Masjid/ Surau, Ibu Tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), Anak-Anak Yatim di Masjid Jannatul Firdaus Bahagian Limbang pada Ahad.

Turut sama Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dato Paulus Palu Gumbang, Setiausaha Politik Premier Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa dan tetamu lain.

Beliau menjelaskan, Kerajaan Sarawak memperkenalkan inisiatif terbaru iaitu Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah.

Beliau mahu rakyat terus mendaftar SKAS dalam talian bagi membolehkan bantuan itu dapat dimanfaatkan untuk keperluan rakyat.

Katanya, Pejabat Residen perlu proaktif turun padang untuk menerangkan mengenai bantuan dan program SKAS bagi memasitkan lebih ramai rkayat yang layak mendapatkan bantuan itu.

Katanya, agensi kerajaan berkaitan perlu memastikan bantuan kebajikan yang diberikan dapat disampaikan kepada golongan sasar.

Jelansya, ia sejajar dengan objektif Kerajaan Sarawak untuk membantu rakyat memerlukan melalui perlaksanaan bantuan dan inisaitif bantuan.

Lebih 700 penerima terdiri pegawai-pegawai masjid, surau, ibu tunggal, OKU dan anak yatim menerima sumbangan masing-masing. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan