Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awang Tengah menyerahkan sumbangan Aidilfitri kepada golongan ibu tunggal. Foto TVS

Sarawak bincang dengan Brunei atasi kesesakan sempadan

LIMBANG, 16 Mac: Sarawak akan terus mengadakan perbincangan dengan negara jiran Brunei bagi mengurangkan kesesakan dan melanjutkan waktu operasi di pintu sempadan sehingga jam 12 tengah malam sempena sambutan Aidilfitri ini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, rakyat di kedua-dua negara kerap menghadapi isu dan masalah kesesakan di pintu masuk sempadan terutama ketika musim perayaan dan cuti persekolahan.

“Seperti tahun lepas kita juga akan mengadakan perbincangan dengan Brunei bagaimana untuk kita mengurus pergerakan trafik supaya kita dapat mengurangkan dari segi kesesakan terutama sekali di pintu masuk sempadan.

“Tahun lepas kita mengadakan perbincangan dengan Brunei, syukur Alhamdulillah ia dapat diurus dgn baik dan keadaan yang sama boleh kita bincang dengan negara jiran kita Brunei Darussalam,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Kepada Pegawai-Pegawai Masjid/ Surau, Ibu Tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), Anak-Anak Yatim di Masjid Jannatul Firdaus Bahagian Limbang pada Ahad.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dato Paulus Palu Gumbang, Setiausaha Politik Premier Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa dan tetamu lain.

Sebelum ini negara jiran Brunei melanjutkan waktu operasi di Pos Kawalan Darat Brunei sehingga jam 12 tengah malam sempena sambutan Tahun Baharu Cina lepas.

Lanjutan masa sehingga 12 malam itu melibatkan Pos Kawalan Kompleks Kawalan dan Pemeriksaan Ujong Jalan, Pos Kawalan Imigresen Sementara Labu, Pos Kawalan Imigresen Sementara Kuala Lurah Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh. –TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan