Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi menyampaikan sumbangan SABERKAS Prihatin di Kampung Buntal hari ini

SABERKAS platform anak muda terlibat aktiviti bermanfaat

ByMahathir Haroun

KUCHING, 16 Mac: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) boleh dianggap sebagai medium terbaik untuk generasi muda terutama belia di wilayah ini untuk melibatkan diri dengan aktiviti bermanfaat.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, dengan menyertai SABERKAS, generasi muda dapat menggunakan banyak masa terluang dengan terlibat dengan ativiti berfaedah.

“Anak muda perlu melibatkan diri dengan SABERKAS untuk mengatur program bermanfaat. SABERKAS ini ibarat payung kepada belia di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jerayawara Bubur Lambuk dan SABERKAS Prihatin Cawangan Pantai Damai di Kampung Buntal, hari ini.

Dr. Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menjelaskan, SABERKAS turut berperanan sebagai platform mengasah bakat anak muda terutama dalam kepimpinan.

“Kita dapat lihat, ramai pemimpin kita di Sarawak lahir daripada SABERKAS.

“Lebih membanggakan lagi, SABERKAS turut dianggap sebagai pertubuhan belia terbaik di Malaysia,” ujarnya.

Hadir sama Pengerusi SABERKAS Cawangan Pantai Damai, Mohd Hasfa Saleh.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan