Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Khairunnisa Sahari, Zaidi Husein dan Halimah Abdullah ketika ditemui TVS di Masjid Miri, hari ini. Foto TVS

Ringankan beban untuk menyambut Aidilfitri

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 16 Mac: Beberapa penerima sumbangan daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Miri meluahkan rasa syukur atas bantuan diberikan yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Salah seorang penerima, Khairunnisa Sahari, hadir bagi mewakili suaminya yang berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) selama 14 tahun.

“Alhamdulillah, syukur atas rezeki ini. Ini kali pertama kami menerima sumbangan daripada Zon Permy. Mudah-mudahan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban kami dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya,” katanya ketika ditemui TVS ketika merasmikan majlis penyerahan sumbangan kebajikan bulan Ramadan PERKIM Cawangan Miri di Masjid Miri, hari ini.

Menurutnya, sumbangan yang diterima akan digunakan untuk menambah perbelanjaan dan menyambut hari istimewa bersama keluarga.

Seorang lagi penerima, Zaidi Husein hadir bagi mewakili ibunya yang turut berstatus OKU dan mengalami kesukaran untuk bergerak.

“Alhamdulillah, sumbangan ini sangat membantu ibu saya. Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan setiap tahun atau diperluaskan dengan acara lain sepanjang bulan Ramadan,” ujarnya.

Selain itu, Halimah Abdullah yang menerima sumbangan buat kali pertama menyatakan rasa terharu dengan bantuan yang diberikan.

“Saya sangat bersyukur kerana dipilih menerima sumbangan daripada PERKIM. Bantuan ini dapat menambah perbelanjaan harian saya. Harapan saya agar sumbangan sebegini terus diberikan kepada mereka yang memerlukan,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan