Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima

Pupuk amalan murni sepanjang masa

ByMahathir Haroun

KUCHING, 16 Mac: Amalan murni seperti bergotong-royong dan hormat-menghormati pada bulan Ramadan perlu dipraktikkan sepanjang masa.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, pada setiap kali Ramadan, setiap lapisan masyarakat berlumba-lumba untuk melakukan amalan terbaik.

“Kalau boleh suasana bergotong-royong dan saling menghormati terus dipupuk bukan sahaja pada bulan mulia ini (Ramadan),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Bintawa Tengah hari ini.

Dr. Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menjelaskan, Ramadan juga mengajar masyarakat untuk mempraktikkan tradisi yang bermula sejak dahulu iaitu program penyediaan bubur lambuk.

“Pada setiap kali Ramadan, akan diadakan program bubur lambuk yang ia menjadi tradisi di kebanyakan kampung,” ujarnya.

Menurutnya, program penyediaan dan pengagihan bubur lambuk juga perlu dijadikan sebagai aktiviti tahunan supaya dapat diwarisi kepada generasi muda.

“Setiap kali penganjuran program ini, bawa semua orang termasuk generasi muda untuk terlibat sama,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan