Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis membuka satu kertas siasatan berhubung seorang pembantu pengurusan murid mengasari seorang murid autistik di sebuah sekolah rendah di Kelana Jaya. Foto Bernama

Polis siasat pembantu pengurusan murid kasari kanak-kanak autistik

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Polis membuka satu kertas siasatan berhubung seorang pembantu pengurusan murid mengasari seorang murid autistik di sebuah sekolah rendah di Kelana Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata pihaknya mengesan video dimuat naik dalam aplikasi TikTok yang memaparkan kejadian melibatkan kanak-kanak autistik berumur tujuh tahun itu pada 3 petang Sabtu.

“Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata ibu kepada murid terbabit juga telah hadir memberi keterangan kepada polis hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan bilik gerakan IPD Petaling Jaya melalui talian 03-79662222. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan