Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika berkunjung dari meja ke meja bagi melihat sendiri proses memasak Nasi Ayam Hainan oleh para peserta bertanding. Foto TVS

Pertandingan berasaskan kemahiran diperhebatkan di Bukit Saban

BETONG, 16 Mac: Pertandingan dan aktiviti berasaskan kemahiran perlu diperbanyakan terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban pada masa akan datang.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, aktiviti itu dilihat mampu menjadi pelengkap kepada segala kemahiran kaum wanita di kawasan luar bandar dalam mempersiapkan diri masing-masing sebelum bergelar seorang usahawan suatu hari nanti.

“Program seperti ini akan kita perhebatkan di kawasan Bukit Saban ini pada masa-masa akan datang.

“Ini penting agar mereka mempunyai ilmu dan kemahiran yang diperlukan sebagai seseorang usahawan mengikut kriteria atau standard ditetapkan dalam bidang pengurusan makanan,” katanya ketika ditemui selepas perasmian penutupan pertandingan memasak anjuran Wanita PBB Ranting Paku Ulu disini pada Ahad.

Katanya, pertandingan seperti itu merupakan antara langkah awal pihaknya mempersiapkan kaum wanita di Bukit Saban dengan ilmu keusahawanan bagi memudahkan mereka mengambil bahagian dalam aktiviti perniagaan berasaskan makanan apabila Projek Pembinaan Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLPort) di Bebuling siap.

“Program pada hari ini juga boleh dikatakan sebagai serampang dua mata, yang mana dalam masa yang sama kita juga inginkan setiap kaum wanita di Bukit Saban ini dapat mengambil bahagian masing-masing daripada limpahan ekonomi yang berlaku. Dengan siapnya Projek Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLPort) di Bebuling nanti yang bakal menyaksikan ianya sebagai pintu masuk utama para pelancong ke Betong,” ujarnya.
Pada majlis sama, Uggah turut menyerahkan cek geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada sebuah sekolah dan enam organisasi sekitar Bukit Saban dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM169,300.

Sekolah dan enam organisasi tersebut ialah Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Penebak Ulu Layar, SK Saint John Nanga Tiga, Tiga Biro Wanita Cina Spaoh dan dua persatuan tuai rumah iaitu Gerempung Tuai Rumah (GTR) Ulu Layar dan Rimbas Ulu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan