Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi PERKIM Cawangan Miri Robiah Hasbi pada majlis penyerahan sumbangan kebajikan bulan Ramadan PERKIM Cawangan Miri di Masjid Miri, hari ini. Foto TVS

PERKIM Cawangan Miri ringankan beban insan memerlukan

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 16 Mac: Program Kasih Ramadan anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Miri bertujuan meringankan beban asnaf, ibu tunggal, warga emas dan mereka yang kurang berkemampuan.

Pengerusi PERKIM Cawangan Miri, Robiah Hasbi berkata, dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, program tersebut diharap dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

“Alhamdulillah, hasil usaha gigih jawatankuasa PERKIM, seramai 140 asnaf yang telah dikenal pasti oleh Tabung Baitulmal Sarawak menerima manfaat daripada program ini. Dana yang dikumpulkan melalui sumbangan individu, badan korporat, pekerja sektor swasta serta agensi kerajaan telah meningkat berbanding tahun sebelumnya,” katanya ketika merasmikan majlis penyerahan sumbangan kebajikan bulan Ramadan PERKIM Cawangan Miri di Masjid Miri, hari ini.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Temenggong Melayu Bahagian Miri, Dato Sri Abang Othman yang mewakili Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat.

Selain Program Kasih Ramadan, PERKIM Cawangan Miri turut menganjurkan beberapa program lain seperti Program PERKIM Prihatin yang bertujuan membantu mangsa bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.

“Dari segi pembangunan rohani, jawatankuasa dakwah PERKIM mengadakan sesi ratib dan tahlil secara berkala, bertujuan memperkukuhkan hubungan spiritual ahli dan masyarakat setempat. Turut diadakan adalah ceramah berkaitan penghijrahan dan Maulidur Rasul, serta sesi solat berjemaah untuk meningkatkan kefahaman agama,” ujarnya.

Bagi aspek pendidikan, PERKIM telah menganjurkan program motivasi remaja bertajuk Kusetuhatimu.

“Ia melibatkan murid-murid sekolah sekitar Miri, dengan rancangan untuk melanjutkan program ini ke fasa seterusnya. Selain itu, program khas bertajuk “Hak-Hak Wanita” akan diadakan untuk memberi kesedaran mengenai hak wanita dalam masyarakat,” jelasnya.. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan