Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa ditemui meninggal dunia antara susunan pelet dan bilah forklift dalam kejadian di sebuah kilang di Kuching pada Sabtu. Foto PDRM

Pekerja maut, bilah ‘forklift’ terkena dada kiri

BySaibi Gi

KUCHING, 16 Mac: Seorang pemandu jentera angkat dan susun (forklift) ditemui meninggal dunia antara susunan pelet dan bilah jentera berkenaan yang terkena di bahagian dadanya dalam kejadian di sebuah kilang di Pending, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata Balai Polis Bintawa menerima maklumat daripada pekerja kilang yang memaklumkan berlaku kemalangan di tempat kerja pada pukul 4 petang.

“Sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa seorang lelaki tempatan tidak sedarkan diri kerana terperangkap di antara susunan pelet dan pisau forklift yang terkena di bahagian dada sebelah kiri mangsa.

“Pasukan perubatan telah tiba di lokasi dan mengesahkan lelaki tersebut telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat lelaki tersebut dihantar ke Hospital Umum Sarawak dan bedah siasat akan dijalankan.

Kes disiasat sebagai mati mengejut.

“Polis menyeru agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini bagi menjaga sensitiviti keluarga si mati,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan