Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom mencipta detik kecemerlangan apabila meraih pingat emas acara keirin pada kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Konya, Turkiye awal pagi ini. Foto Instagram @johnbeasley54

Muhammad Shah Firdaus raih emas Piala Negara-Negara UCI

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom mencipta detik kecemerlangan apabila meraih pingat emas acara keirin pada kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Konya, Turkiye awal pagi ini.

Pelumba berusia 29 tahun itu mempamerkan kayuhan bertenaga untuk meloloskan diri daripada kepungan empat pelumba lain sebelum memintas pesaingnya beberapa meter sebelum garisan penamat di Velodrom Konya.

Ia adalah emas pertama dimenangi pelumba yang diberi julukan The Terminator itu pada kejohanan UCI sekali gus menandakan pencapaian terbesar dalam kerjayanya setakat ini.

Pemenang pingat gangsa acara pecut berpasukan Olimpik Tokyo 2020, Sebastien Vigier dari Perancis meraih perak manakala juara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025 bulan lepas, Shinji Nakano dari Jepun membawa pulang gangsa.

Muhammad Shah Firdaus melangkah ke final selepas menamatkan perlumbaan separuh akhir di tempat ketiga. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan